Thursday, March 24, 2011

SUSU KAMBING




HiGOAT - Susu Kambing Asli
Susu Terbaik Selepas Susu Ibu

* Pertama di pasaran
* Rasa yang enak
* Penyediaan mudah & segera
* Tiada bau kambing
* Tanpa gula
* Tiada bahan awet & pewarna
* Tiada bahan tambahan

HiGOAT keluaran HR Marketing Sdn Bhd adalah minuman susu kambing asli segera yang enak tanpa bau kambing. Minuman sunnah para nabi ini merupakan susu yang terbaik selepas susu ibu & lebih tinggi manfaat & khasiatnya berbanding susu lembu.



Kandungan Nutrisi
Tenaga • Protein • Lemak • Karbohidrat • Gula • Kalsium • Zat Besi • Vitamin A • Vitamin B1 • Vitamin B2 • Vitamin C •Vitamin D • Vitamin B12 • Asid Folik • Inositol • Sodium • Pottasium • Selenium


Kebaikan Susu Kambing
Tanggapan bahawa susu kambing "panas" dan penyebab darah tinggi adalah salah. Tapi berapa ramai sahaja yang tahu kebaikan sebenar susu kambing?

Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu Kambing VS Susu Lembu
* Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang merupakan penyebab utama alahan
* Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
* Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
* Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
* Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
* Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-

- Protein 2.1 kali ganda
- Kalsium 2.2 kali ganda
- Zat Besi 2.0 kali ganda
- Potasium 2.1 kali ganda
- Vitamin A 3.8 kali ganda
- Garam Galian 2.0 kali ganda
- Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:
• Penyakit deman kuning.
• Penyakit lemah jantung.
• Penyakit darah tinggi.
• Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
• Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
• Penyakit batuk kering atau TB.
• Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
• Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
• Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
• Sesuai diminum diwaktu pagi(sebelum bersarapan) dan malam(sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja).

SUSU KAMBING ADALAH TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
• Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh.
• Bersifat alkali bukan asidik.
• Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua.
• Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
• Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah.
• Mudah dicerna(menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan.
• Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
• Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma(lelah), migrain(sakitkepala), penyakit kulit, insomia(sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout.
• Menguatkan jisim tubuh yang sihat(tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.
• Memulihkan tenaga batin dan awet muda.

FAKTA : Penyelidikan oleh pakar-pakar pemakanan Jepun mendapati khasiat susu kambing sebenarnya 2 kali ganda daripada khasiat yang terdapat dalam susu lembu.

.

SIAPA YANG MEMERLUKAN ?

Untuk Orang Berumur
Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.

Untuk Perkembangan Bayi(6 bulan ke atas) Dan Kanak-Kanak
Vitamin A dalam susu kambing menolong pembesaran bayi dan kanak-kanak serta zat galian yang terkandung dalam susu kambing boleh mengimbangkan metabolisma,membina tulang dan gigi serta menolong dalam pembinaan sel-sel darah dan tisu-tisu badan. Untuk pelajar pula, ia dapat menolong menajamkan fikiran dan fungsi otak

Untuk Sakit Puan
Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), penghamilan atau pendarahan semasa penghamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).

Untuk Pesakit Tuberculosis Dan Pesakit Dalam Pemulihan
Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protin untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat zat galian untuk pembinaan badan.

Untuk Pembentukan Kulit Dan Produk Kecantikan
Susu kambing mengandungi asid Nikotinik yang boleh menolong dalam fungsi pengcernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit dan kelihatan cantik dan berseri.

Untuk Rawatan Gastrik Ulser
Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan otot yang dijangkiti.

Untuk Kes-Kes Penyakit Kulit
M.D. Superintendent General Hospital Toledo di Ohio U.S.A., George Dermitt menggunakan susu kambing untuk kanak-kanak di hospital yang mengidap penyakit ekzema (kegatalan pada kulit) dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Untuk Mengawal Metabolisma Kolestrol
Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang boleh menolong mengawal metabolisma kolestrol.

Untuk Mengawal Barah Dan Penyakit Kronik Yang Lain
Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama barah dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia.Dengan mengamalkan selenium setiap hari, peratus untuk mendapat penyakit-penyakt tersebut berkurangan sebanyak 37%.

Untuk Meringankan Penyakit Lain
Asma, masalah hati, Radang sendi, Batuk, Rasa letih dan lesu, Ulser, Bau mulut, Tiada selera makan, Buasir, Sinus, Cirit birit dan Bronkitis.

Zikrul Maut (Ingat Akan Mati)

Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.


Semua orang takut mati, tetepi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan terhadap mati adalah kerana dua hal :-

Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahui.

Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa dan kesalahan tadi.

Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan.


Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini, antara lain :-

1. Perintah memperbanyak mengingati mati :
"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )

2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )

3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :

1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :

"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." (Riwayat Abiddunya). Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.

3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :
"Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim )

4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik.

Rasullullah s.a.w. bersabda : "Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )

5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud : "Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." ( An-Nur: 24 )

6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 )

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)

Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini.

Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan :

1. Kepastian tentang mati :
2. Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia).
3. Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya.
4. Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat.
5. Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda :

Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)." ( Riwayat At-Turmudzi )
()"" ' )
( ,'o' )")
(,,)(")(") "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...